Wednesday 8 June 2011

Selamat Datang

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI

Definisi
ICT dalam Pendidikan Seni lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu sendiri yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid, guru, panitia serta organisasi sekolah bagi mereka menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan P&P dan sebarang kegiatan seni.
Pengenalan
Penggunaan Teknologi Maklumat atau ICT didalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni itu sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu tambahan alat P&P yang berkesan dan bertindak sebagai media yang mampu menghasilkan seni digital bermutu tinggi dalam komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media tradisional.
Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara bijak dan terancang serta mampu meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajarn Pendidikan Seni. Persoalan seperti kenapa, bila ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan Seni supaya ianya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.
Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan ICT akan mengundang suasana riang ria serta  mampu menarik minat murid. Ianya juga boleh membangkitkan semangat ingin melakukan kegiatan pembelajaran yang baik.
Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasratkan secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang. Justeru, hasrat murni di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diharap mampu direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.
Pengajaran Seni Visual yang diajar menggunakan ICT mampu menarik minat murid-murid untuk terus mengikuti pelajaran. Ini kerana murid-murid berpeluang untuk melukis atau mewarna dengan menggunakan komputer berdasarkan imaginasi dan kreativiti mereka masing-masing. Murid-murid yang belajar Pendidikan Seni akan berasa lebih senang dan yakin apabila mereka berdepan dengan tugasan dalam matapelajaran yang lain terutamanya yang melbatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kefahaman melalui visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Akan tetapi, pembelajaran mereka masih lagi mengikut silibus dan rancangan pengajaran harian yang telah dirancangkan oleh guru. Terima kasih diucapkan kepada pihak Koridor Raya yang telah sudi membina satu kabin atau makmal ICT di Sek. Keb. Batu Lima, Sik ini.




Murid-murid Tahun 2 Bestari sedang memulakan aktiviti pembelajaran mereka.



Ada yang terpaksa berkongsi komputer kerana ada beberapa komputer yang telah rosak. 


Guru sedang menunjukkan cara penggunaan komputer kepada murid.