Thursday, 14 July 2011

PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN

            Musim buah-buahan tiba lagi!!! Satu jamuan makan buah-buahan tempatan telah diadakan di sekolah saya (Sek.Keb.Batu Lima,Sik) pada hari Rabu lepas. Murid-murid dan guru-guru yang mempunyai dusun buah-buahan diminta membawa buah-buahan ke sekolah. Antara buah-buahan yang dibawa ialah rambutan, manggis, durian dan buah jentik. Suasana majlis sungguh meriah sekali...

murid-murid sedang menunggu giliran untuk mengambil durian.

amboi..amboi..seronoknye dapat doyann...

murid-murid tahun 6..

cikgu shuhairi memang terrer..kopek durian guna kunci keta jer!!

tunjuk skill....

sampai berpeluh ustaz..



Cara Membina Blog















Monday, 11 July 2011

10 petua menghadapi peperiksaan

1. Jangan panik sebaik melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Panik dikatakan mampu membuatkan kita lupa 50% apa yang telah kita pelajari atau baca. Tanamkan   keyakinan dalam diri anda. Anda sememangnya mampu menjawab dengan baik.

2. Buat kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat (peta minda).
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya atau tidak memahami langsung bab-bab yang telah dibaca. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda yang mencatat maklumat penting yang berkaitan.

3. Semak soalan tahun lalu (untuk setiap subjek).
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, tetapi anda tetap perlu menyemak soalan-soalan tersebut untuk membandingkan topik berkenaan yang sudah atau kerapkali keluar dalam peperiksaan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning.
Disaat-saat akhir anda seharusnya banyak mengulangkaji pelajaran secara output learning. Ini bermaksud anda mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran. Selain itu, anda juga boleh menerangkan kepada rakan-rakan(study group). Ianya dapat membantu menguatkan ingatan anda.

5. Memperbanyakkan latih tubi.
Ia merupakan satu cara untuk menguji sejauhmana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek.

6. Nota ringkas.
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana sahaja. Anda juga boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

7. Pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya.
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan anda kekal segar. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cergas.

8. Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
Elakkan mengambil terlalu banyak minuman yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

9. Kawal emosi.
Elakkan terbabit dalam sebarang konflik yang boleh mengugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh mengugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

10. Banyakkan berdoa dan bersolat.
Anda perlu berdoa dan memperbanyakkan bersolat untuk memohon bantuan daripadaNya. Jangan lupa memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru-guru kita.

Sunday, 10 July 2011

English Day at Sek. Keb. Batu Lima, Sik.

Seramai enam orang murid telah mengambil bahagian dalam acara Speaking For Good.

Hari ini 10.7.2011, Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan English Day. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan bakat mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik tanpa rasa segan. Disamping itu, ianya juga mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang murid itu.

Lagu Hari Guru 2011: Terima Kasih Cikgu

Huraian Sukatan Pendidikan Seni Tahun Satu dan Tahan Dua

Tahun Satu

Objektif:
Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.
2. Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan benda, alat dan bahan dengan meneroka dan secara spontan.
3. Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai.
4. Memilih, memadan, menyusun dan memaipulasi  bahan secara kreatif.
5. Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf.
6. Mengambil bahagian dalam kegiatan Seni Visual dengan perasaan gembira.
7. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan.
8.Mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.

Cadangan Aktiviti Pembelajaran:







Tahun Dua

Objektif:
Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Memahami konsep dan fungsi tiap aktiviti yang dipelajari.
2. Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan.
3. Menghayati benda yang dilihat, disentuh, dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai.
4.Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar, mencorak, membuat binaan dan kraf.
5. Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasi bahan secara kreatif.
6. Menggunakan beberapa teknik dan proses menghasilkan kerja Seni Visual melalui penerokaan terhadap bahan alam dan bahan kutipan.
7. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan.
8. Meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan Seni Visual.

Cadangan Aktiviti Pembelajaran









Penyampaian Hadiah Mewarna dan Mencipta Kad Hari Guru 2011


Pemenang Hadiah Hari Guru 2011 Tahap 1



Pemenang Hadiah Hari Guru 2011 Tahap 2


Pemenang Hadiah Hari Guru 2011 Tahap 2