Monday 11 July 2011

10 petua menghadapi peperiksaan

1. Jangan panik sebaik melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Panik dikatakan mampu membuatkan kita lupa 50% apa yang telah kita pelajari atau baca. Tanamkan   keyakinan dalam diri anda. Anda sememangnya mampu menjawab dengan baik.

2. Buat kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat (peta minda).
Semak sama ada anda memahami sepenuhnya atau tidak memahami langsung bab-bab yang telah dibaca. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda yang mencatat maklumat penting yang berkaitan.

3. Semak soalan tahun lalu (untuk setiap subjek).
Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, tetapi anda tetap perlu menyemak soalan-soalan tersebut untuk membandingkan topik berkenaan yang sudah atau kerapkali keluar dalam peperiksaan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning.
Disaat-saat akhir anda seharusnya banyak mengulangkaji pelajaran secara output learning. Ini bermaksud anda mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran. Selain itu, anda juga boleh menerangkan kepada rakan-rakan(study group). Ianya dapat membantu menguatkan ingatan anda.

5. Memperbanyakkan latih tubi.
Ia merupakan satu cara untuk menguji sejauhmana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek.

6. Nota ringkas.
Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana sahaja. Anda juga boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

7. Pastikan anda mendapat tidur dan rehat secukupnya.
Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan anda kekal segar. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cergas.

8. Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.
Elakkan mengambil terlalu banyak minuman yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

9. Kawal emosi.
Elakkan terbabit dalam sebarang konflik yang boleh mengugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh mengugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

10. Banyakkan berdoa dan bersolat.
Anda perlu berdoa dan memperbanyakkan bersolat untuk memohon bantuan daripadaNya. Jangan lupa memohon keampunan dan keredhaan daripada ibu bapa dan guru-guru kita.

9 comments:

  1. blog menarik dan ceria....petua2 awet muda tak upload skali ke...

    ReplyDelete
  2. sesuai untuk kita yg akan exam x lama lagi.... :)

    ReplyDelete
  3. tips yang baik;)

    ReplyDelete
  4. Blog yang menarik penuh maklumat...Tahniah cikgu

    ReplyDelete
  5. Betullah seperti komen Cikgu Sobri.Tips ni boleh kita guna menjelang first exam nanti..

    ReplyDelete
  6. Nak dekat exam dah ni.... adussssssss tekanannnn!

    ReplyDelete
  7. Panduan dan petua yang berguna bukan sahaja untuk murid tapi untuk cikgu macam kita..

    ReplyDelete
  8. betul..betul..tu. dulu petua kt anak murid..la ni..kt cikgu pun berguna jgak..x lama lg nk exam ni..

    ReplyDelete
  9. baguih sungguh la petua cikgu ni... amat berguna untuk exam nanti.

    ReplyDelete